Jumaat, 22 November 2013

Ibarat Air & Api- haluan perjuangan yang tidak sama.

 

SYUKUR ALHAMDULILAH:PEMUDA PAS SUDAH SEDAR DAP ADALAH JAHAT!!!

 
 
 


PETALING JAYA – Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjadikan PAS sekadar boneka dan meminggirkan mereka sejak pilihan raya umum 2008 menjadi punca keretakan hubungan kedua-dua parti tersebut di negeri itu.

Perkara itu didedahkan sendiri perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Raduan Ramli semasa sesi perbahasan muktamar Dewan Pemuda di sini hari ini.

“Ini bukan soal gila kuasa, bukan soal minta jawatan tapi soalnya adalah mereka beri kereta kepada kita dan mereka suruh kita jadi penumpang tapi mereka pegang stereng kereta.

“Mereka hendak buat keputusan yang telah pun dibuat, mereka minta kita akur dengan keputusan. Ini maruah kita, bukan soal gila kuasa,” katanya.

Beliau berkata situasi itu membuatkan mereka terpaksa akur dengan sebarang keputusan yang dibuat dan tidak mempunyai kuasa dalam apa jua perbincangan mahupun mesyuarat.

Selasa lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof meminta exco kerajaan negeri itu berhenti campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang selain menuntut lebih ramai pemimpin PAS dilantik sebagai anggota majlis pihak berkuasa tempatan.

Mohd Raduan berkata sejak 2008 hanya tiga kali mesyuarat melibatkan pakatan pembangkang di negeri itu diadakan, sekali gus membuktikan PAS tiada platform untuk bersuara di negeri tersebut. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan