Khamis, 12 April 2012

BERSIH 3.0 DARI SEGI AGAMA



Kecewa dan sedih dengan demonstari jalanan yang diadakan baru-baru ini bagi memansuhkan ISA masih terasa. Pertama, majoriti yang menyertainya adalah muslim.


Adakah demonstrasi yang diikuti itu atas kerelaan dan kepercayaan sendiri atau mereka tertipu dengan dakyah sebahagian yang berkepentingan?


Jika ia adalah hasrat majoriti masyarakat Malaysia yang ingin berlaku satu perubahan membawa keadilan… mengapa terlalu ramai orang Melayu yang menyertai tetapi bilangan terlalu kecil sangat bagi kaum cina dan india.


Lihatlah berapa ramai yang rugi atas kelakuan berdemonstarsi jalanan itu. Ia akan membawa impak kepada kedaulatan Negara, ekonomi dan agama sendiri.


Benarlah kata-kata Tun Mahathir bahawa cara berdemonstasi bukan amalan pemimpin melayu melainkan apa yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.


Pemikir Negara menyatakan apa yang ikhlas. Kerana dia sudah tiada kuasa dan taring. Tetapi apa orang nak dengar kata-katanya lagi. Ingat apa yang selalu beliau katakan


“MELAYU MUDAH LUPA”.

KGC
Posted By BICARA PERJUANGAN on

Labels:

KERANA KASIHNYA KEPADA ANWAR, IBU PUN SANGGUP DISISIHKAN..!!!


PETALING JAYA: Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya. Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin. "Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.

Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.
"Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.

"Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.

"Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat. myStar Online

BACA SETERUSNYA ... DI SINI

Posted By BICARA PERJUANGAN on


Labels:

KEBIADAPAN AZMIN ALI, SITI MARIAH DAN CINA TIAN CHUA DI ISTIADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE 14.

Tulisan Dr Rahman Kadir

11 April 2012


Mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.


Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.


Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.


Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.


Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.


Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.




Isnin, 2 April 2012

PANGKAH ISLAM?

Salam 2 all.

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:
1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?
Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Akhir 1433
14 Mac 2012

salinan zulkifli bin noordin

Pengikut TWITTER DS Najib Cecah 500 Ribu







KUALA LUMPUR – Jumlah pengikut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter terkini sudah mencecah 500 ribu pengikut dan dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.Ketika berita ini ditulis, jumlah pengikut laman sosial milik Perdana Menteri sudah berjumlah 502,406 orang.


Najib yang menyedari pertambahan jumlah pengikut Twitternya itu sejak malam semalam melahirkan rasa terima kasihnya kepada para pengikutnya dan mengumumkan ‘pengikut bertuah’nya akan dihubungi kelak.


“Pengikut twitter saya telah mencecah 500 ribu. Terima Kasih kerana mengikuti saya! Pengikut yang bertuah akan dihubungi kelak,” katanya di Twitternya pada jam 10.42, malam semalam.
Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan terus menggunakan media baru untuk mendekati golongan muda kerana ia adalah medium hubungan yang baik.



salinan Malaysia Kita

BILA MELAYU DAP BELA KAFIR HARBI, SALAHKAN SAUDARA MUSLIM SENDIRI...











Saya rasa terpanggil untuk mengulas mengenai kenyataan anak bekas Menteri yang belot kepada bangsa, Zairil Khir Johari, yang menyalahkan UMNO apabila “tuan”nya “diserang” oleh umat Islam yang berang membabitkan penjualan sebidang tanah rizab yang merupakan tapak masjid di Pulau Pinang.


Akibat penjualan tanah milik masjid itu oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Guan Eng dikecam dan menimbulkan kemarahan ramai umat Islam, khususnya di negeri itu. Anehnya, Zairil menyalahkan UMNO dalam hal ini, kononnya kerana UMNOlah tuannya itu dimarah rakyat…
Sesedap mulut saja Zairil menuduh begitu. Tuannya yang buat tahi, UMNO pula yang dipersalahkan. Tuannya yang jual tanah rizab milik masjid, UMNO jugak yang salah? Mana Zairil belajar berfikir begitu? Hebat sungguh cara “putar belit”nya!

Sebagaimana kita tahu, tanah yang menjadi tapak rumah ibadat merupakan satu aset yang sangat sensetif untuk “disentuh”, apatah lagi untuk dijual tanah tersebut.
Sebelum ini, BN sering dipersalahkan apabila tapak rumah ibadat diambil semula kerajaan meskipun tanah tersebut dibina di atas tanah milik kerajaan secara haram.

Tapi, memandangkan BN merupakan sebuah kerajaan yang bertimbang rasa dang sering mendahulukan rakyat, tapak rumah ibadat yang baru telah ditawarkan bagi menggantikan tapak yang diambil itu. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng, dia sebagai “khalifah” sudah tentu tahu bahawa tapak tersebut adalah milik masjid, di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dalam ertiakata lain, ia adalah di bawah kuasa TYT Negeri Pulau Pinang.


Sebagai “khalifah” juga, Guan Eng perlu tahu tentang sensitiviti mengambil tanah masjid yang mampu menimbulkan kontroversi. Jadi, mengapa dia jual juga tanah tersebut kepada pemaju?
Sebenarnya, Guan Eng boleh mengelak dari menimbulkan kemarahan umat Islam dengan tidak menjual tanah rizab tersebut. Dia boleh buat begitu untuk menjaga hati umat Islam. Tapi ternyata dia tidak memilih untuk berbuat begitu. Apakah tindakan Guan Eng itu merupakan salah UMNO? UMNO yang berkuasa di Pulau Pinang atau Guan Eng?


Nampaknya Zairil begitu ‘buta’ dalam hal ini. Setahu saya, Zairil beragama Islam. Tapi dia sanggup mengkhianati kepentingan Islam dan tapak rumah Allah itu demi kuasa politik.
Malah yang lebih menyedihkan, Zairil sanggup membela seorang “kafir harbi” dan menyalahkan pembela kepentingan Islam di Pulau Pinang.Saya ingin bertanya kepada Zairil, pernahkah seorang MB atau KM dari BN diugut dan dipersalahkan sedemikian rupa? Tak pernah bukan? Ini adalah kerana cara pendekatan yang berbeza.


BN begitu mengambil berat kepentingan agama, hak bangsa dan kedaulatan tanahair berbanding Pakatan Haram, khususnya DAP, yang memang kurang ajar!
DAP tidak menghormati kepentingan dan keistimewaan Islam di negara ini. DAP begitu biadap mahu kesamarataan hak bagi semua kaum untuk sama taraf keistimewaannya dengan Melayu. Dan DAP begitu kurang ajar mencabar institusi Raja-Raja Melayu. Parti itulah yang dianggotai oleh Zairil sekarang! Dan kini Zairil mahu menyalahkan UMNO tentang sesuatu yang bukan perbuatan UMNO pun. Adilkah begitu? Saya fikir, budak sekolah tadika pun akan marah kalau dia dituduh bersalah melakukan sesuatu yang dia tidak lakukan.


Sepatutnya Zairil bertindak adil dalam hal ini. Sebagai seorang Islam di dalam DAP< dia sepatutnya menghalang Guan Eng menjual tanah itu. Itu tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Zairil. Tapi menyedihkan, pengkhianat ini menyebelahi “boss”nya pula.



Wajarkah???????



Sumber: Klik sini




salinan Duke Of UMNO.




PANASSS..!!! ROZITA CHE WAN RELA KAHWIN DENGAN BLOGGER TIDAK BERHARTA..!!!?


Rozita Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta


Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati. Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.


“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.
Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.


Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti.


Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai melalui harta. “Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran,” katanya.


Bercerita mengenai dakwaan dia diminati VIP, Rozita memberitahu, golongan itu sebenarnya lebih cenderung mencari wanita-wanita muda berbanding dirinya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. - Klik sini



salinan Duke of UMNO