Khamis, 16 Februari 2012

GEMPAR !!!! LELAKI LAHIRKAN SEORANG BAYI!!!


LONDON - Jika melihat seorang perempuan yang melahirkan seorang bayi tentu
adalah hal wajar. Namun bagaimana jika seorang lelaki melahirkan seorang
bayi?Hal itu terjadi pada seorang pria di Inggris yang telah melahirkan
seorang bayi secara caesar pada tahun lalu.
Sebelumnya lelaki ini adalah seorang
wanita yang kini telah berganti jenis kelamin.Lelaki yang kini disebut
Britian (ibu laki-laki) itu ternyata tetap mempertahankan rahimnya meski dia
melakukan perubahan jenis kelamin. Selama ini lelaki yang tidak disebutkan
namanya itu mengaku dia menjalani pengobatan hormonal untuk menjaga rahimnya.
Demikian dilaporkan The Sunday Times Rabu, (15/2/2012).
Menurut Beaumont Society sebuah organisasi yang membantu individu yang ingin melakukan
perubahan jenis kelamin, kejadian ini adalah yang pertama kalinya terjadi di
Inggris. Sebelumnya hal yang sama juga pernah terjadi di Amerika dan
Spanyol(rhs)
SALINAN DR PEMIKIR POLITIK JERANTUT.

Yang Mana Lebih Dahsyat? Saksikan Dan Fikirkan...





DS ANWAR





DS NAJIB

Rabu, 15 Februari 2012

Malaysia konsisten sokong Palestin

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.myKUALA LUMPUR 14 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada perjuangan Palestin dan pendirian negara terhadap isu-isu melibatkan perjuangan tersebut adalah konsisten.Menurut Perdana Menteri, walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, Palestin termasuk rakyatnya sedia maklum ia bukanlah pendirian Malaysia secara amnya.‘‘Saya berpendapat Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) juga tahu bahawa itu (kenyataan Anwar) bukan pendirian kita (kerajaan).‘‘Rakyat Palestin tahu kerajaan menyokong kuat perjuangan mereka dan akan terus memberikan sokongan padu.

Kita sentiasa konsisten dalam menyokong perjuangan itu,’’ katanya.Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.Beliau mengulas mengenai kekecewaan dan kebimbangan Palestin terhadap kenyataan Anwar dalam temu bual yang disiarkan The Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.Kekecewaan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh kepada Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia, Nasharuddin Mat Isa, di Kuwait baru-baru ini.Najib memberitahu, apa yang diperkatakan Anwar itu diyakini mengundang rasa kecewa rakyat Palestin yang sekian lama menderita ekoran kekejaman rejim Zionis Israel.‘‘Amat jelas mereka (rakyat Palestin) kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar. Kita tidak boleh menggunakan apa yang kita cakap kepada khalayak berlainan untuk melihat hasil yang berbeza.‘‘Apa yang penting, kita perlu konsisten kerana apa yang kita cakap, walau di Bachok atau Jerantut sekalipun, ia boleh dilaporkan ke seluruh dunia,’’ katanya.Mengenai desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Anwar menarik balik kenyataan atau menyaman WSJ jika kenyataan itu telah diputar-belitkan, kata beliau, Pas juga telah bersuara agar Anwar melakukan apa yang didesak oleh parti berkenaan.

Dalam pada itu di Pokok Sena, Kedah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, desakan Pas agar Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan Israel menjelaskan bahawa kedua-dua parti tersebut tidak sehaluan dalam pandangan dan perjuangan. Kata beliau, Pas, DAP dan PKR walaupun bergabung namun mereka sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza dan tidak sehaluan.“Kenyataan Nik Aziz mencabar Anwar itu sesuatu yang sangat serius menjelaskan bahawa terdapat pertelingkahan antara mereka. Lebih banyak Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Nik Aziz dan Anwar bercakap, lebih ketara perbezaan dan pemikiran mereka.“Rakyat harus ambil iktibar daripada perkara ini supaya mereka faham siapa sebenarnya pakatan pembangkang. Ini satu iktibar atau peringatan kepada rakyat tentang siapa mereka, perjuangan mereka, ideologi mereka dan perjuangan pemimpin dalam pakatan pembangkang,” katanya.

utusan malaysia 14 Feb 2012.

'Anwar perlu buat kenyataan terbuka'

KOTA BHARU 14 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman Wall Street Journal (WSJ). Beliau berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini. "Kalau dia (Anwar) hendak berjumpa (saya) tidak ada apa, kami cukup sokong orang yang duduk atas kebenaran, tidak merasa gerun. "Cuma sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawab secara sulit tidak betul, isu terbukajuga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan wakil-wakil agama di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal propembangkang yang memetik sumber dalaman PKR bahawa Anwar akan bertemu dengan beliau untuk menjelaskan isu Israel itu.Malam tadi, Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan mendesak Anwar supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam WSJ baru-baru ini.Pas turut meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.Desakan tersebut dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur kelmarin. Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sehingga kini beliau masih belum dihubungi pemimpin tertinggi PKR mengenai pertemuan itu.
Dalam pada itu, ketika ditanya apakah tindakan Pas sekiranya Anwar masih tidak menarik balik kenyataan tersebut atau pun menyaman WSJ, beliau berkata: "Tidak apa biar begitu dulu, kalau tidak tarik balik itu masalah kemudian."
utusan Malaysia 14 Feb 2012.

2 ADUN PKR TERLIBAT ISU PASIR??


Raja Petra Kamaruddin mendakwa ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, kedua-duanya dari PKR terbabit dalam skandal perlombongan pasir di Selangor dan mendakwa ada unsur rasuah dalam urusan mendapatkan kontrak melombong pasir antara Mat Suhaimi dengan seorang kontraktor menerusi beberapa pertemuan di Pulau Pinang dan Subang serta rakaman perbualan telefon mereka..
Beliau mendakwa, Mat Suhaimi beberapa kali meminta wang daripada kontraktor berkenaan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010, antaranya RM5,000 untuk perbelanjaan kempen pilihan raya, RM35,000 perbelanjaan Ramadan, RM10,000 jamuan Hari Raya dan RM50,000 yang masukkan dalam akaun bank sebuah syarikat untuk kegunaan pilihan raya. Wang RM50,000 itu dimasukkan ke akaun Affin Bank, Klang menerusi transaksi pada 11 Januari 2010. .
Nota: Kepada dua ADUN ini, mereka perlu menyaman Raja Petra jika dakwaan ini berniat jahat dan fitnah. Tetapi adakah MEREKA BERANI SAMAN dan apa pula KOMEN ANWAR??

Posted byatFriday, February 10, 2012