Khamis, 29 Mac 2012

CEH!!! INGATKAN BERANI SANGAT DIORANG NI!!!



Nah!!! Ini satu lagi penipuan yang telah dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu kepada rakyat Malaysia. Dan penipuan tu dilakukan secara terang - terangan.Punya tak malunya diorang ye tak. Kalau bercakap depan orang ramai bukan main lagi berdegar - degar. Macam nak runtuh langit dibuatnya.


Tapi, hakikatnya, diorang la manusia yang paling takut nak menghadapi Pilihan Raya Umum. Bukan sebab apa. Semuanya tahu yang diorang bakal kehilangan kuasa.


Kalau tidak, kenapa sampai sekarang diorang masih tak dapat nak tentukan sama ada nak membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan Parlimen atau tidak.
Tu semua bukti jelas yang diorang ni memang Penakut!!! Buat malu je pilih orang yang Pengecutmacam ni!!! Dah la Penakut, kuat menipu pulak tu. Lagi la macam sial!!!


KUALA LUMPUR - Mesyuarat pemimpin tertinggi pakatan pembangkang hari ini masih gagal mencapai kata putus sama ada mahu menyertai pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diterajui mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu masih dibincangkan dengan kepimpinan negeri-negeri memandangkan terdapat perbezaan pendapat dalam perkara itu.


"Kita masih bincang dengan negeri-negeri mengenai perkara ini. Ada yang berpandangan kita patut adakan berserentak dan ada yang tidak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini, hari ini.


Pakatan pembangkang yang merangkumi Parti Keadilan Rakyat-DAP-PAS membentuk kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas pilihan raya umum 2008.


Pada 17 November lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.


salinan-SEMUT HITAM

GEMPARRR..!!! MINYAK NAIK HARGA LAGI..???!!!





DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter. Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.Silap-silap kosnya mau memakan bilion.

Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi - macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi. Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.
Pedulilah pancing undi atau tidak, yang penting kerajaan BN sekarang laksana apa yang dia janji dan cakap, sementara puak-puak pakatan harami ini janji, buatnya belum tentu. Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31 janji manifesto 2008, yang baru dilaksanakan hanya 1, itupun sedang mengalami banyak masalah sekarang ini.

Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan ekonomi dengan baik inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil berat. Disebalik segala macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2011, Oktober tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan pemberian subsidi dan manfaat sedia ada.

Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan bantuan penerima dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya, itu cerita lain, masalahnya sekarang ini BR1M beri juga, wang bantuan dibawah JKM tak kurang sesen pun.Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi, penyelewengan sana sini dan sebagainya. Itu kata mereka tapi rakyat boleh nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan dan kebijakan kerajaan BN ini menguruskan kewangan negara dengan baik.

Memang penulis akui, minyak kita tidak akan kekal selamanya murah seperti sekarang, itu adat. Sama juga, tidak akan ada sesiapa pun yang rela gajinya sama setelah bertahun-tahun berkhidmat. Sampai satu masa kerajaan akan mengkajinya semula tapi percayalah kerajaan akan memastikan rakyat mempunyai wang untuk menampung kenaikan tersebut.

Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada paras mana yang mereka janjikan sekarang. Kalau depa berani, dah lama disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan.
Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.

Yang penting, ekonomi perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itulah yang berjaya diuruskan dengan baik oleh kerajaan BN sekarang. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura kedua kerana tanahnya yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan melainkan rakyat dari republik tersebut.

Sedangkan BN, walaupun mengakui orang yang ada duit berhak membeli hartanah yang bersesuaian dengan pendapatan masing-masing, tapi hak rakyat yang kurang berkemampuan tidak diketepikan. Ini yang penulis sebutkan keseimbangan. Itu baru mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?

Adakah kerja ini mudah? Sudah tentu tidak tapi kerajaan BN berjaya mengawalnya dengan baik. Maka itu, undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.

Sumber: Klik sini


copy from duke of UMNo

Khamis, 8 Mac 2012

ALHAMDULILLAH. PENGUMUMAN MENGEMBIRAKAN KAKITANGAN AWAM.

SYUKUR DAN TERIMA KASIH.
KENAIKKAN GAJI KAKITANGAN AWAM GRED 1 HINGGA 54 SEBANYAK 13%. GRED 54 KE ATAS SEBANYAK 7%.
ELAUN KOLA JUGA DINAIKKAN.
BAYARAN TUNGGAKKAN DARI BULAN JANUARI 2012 AKAN DIBUAT PADA BULAN APRIL 2012.
ALHAMDULILLAH.
SYUKUR PADA ALLAH S.W.T
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL.
TERIMA KASIH PM.-DATO SERI NAJIB.
SAMA-SAMA MENJAGA KEMAKMURAN SEDIA ADA.
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

MASIH MAMPUKAH NIK AZIZ NAK BACA ARTIKEL YANG MENYINDIR PAS INI??


DALAM perjalanan politik Pas, mereka sentiasa berusaha untuk memaparkan parti merekalah paling sempurna, parti merekalah yang paling aman dan damai serta parti merekalah yang tidak pernah ada konflik dalaman yang serius.Tetapi apa yang berlaku di Kedah sudah membuktikan bahawa politik tetap politik, dalam politik tidak ada musuh dan kawan yang kekal, dalam sekelip mata musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh.Walau apa pun keputusan yang dicapai oleh perjumpaan khas Jawatankuasa Pas pusat dengan barisan kepimpinan Pas Kedah malam tadi, ia sama sekali tidak boleh menutupi segala yang terdedah akibat konflik yang berlaku antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Phahrolrazi Zawawi.Selain itu, ia juga sudah pasti tidak akan mampu meredam kegelojohan sesetengah puak di dalam Pas Kedah untuk menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar.
Apa yang lebih hebat, krisis yang berlaku juga jelas membuktikan negeri itu sudah berpuak-puak, masing-masing mahu menjatuhkan antara satu sama lain sehingga menggugat pentadbiran Azizan.Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Pas, apabila ada kawasan (bahagian) dalam parti itu melarang pemimpinnya untuk menyertai barisan Exco yang kerajaan negerinya dipimpin oleh parti tersebut.Tetapi bagaikan kisah jenaka yang aneh, ia berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Pas Kedah. Azizan diasak kiri dan kanan, beliau dianggap tidak berwibawa, tidak berkeupayaan dan tidak mampu lagi menjadi menteri besar negeri Jelapang Padi itu.Malahan ada laporan mengatakan gerakan untuk menjatuhkan Azizan bukan main-main atau sekadar satu gertakan tetapi ia sudah disusun rapi. Ternyata di kalangan sesetengah pemimpin dan penyokong Pas mereka sudah kehilangan jati diri sejak parti itu mengubah haluan daripada perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan.Kalau mendengar ceramah dan kuliah pemimpin-pemimpin mereka termasuklah yang bertaraf ulama, merekalah paling Islam dan paling baik. Mereka mendakwa dalam Pas tidak ada perebutan jawatan, pergeseran sesama sendiri atau jatuh menjatuh antara satu sama lain.Kononnya ahli dan penyokong Pas sudah dididik supaya patuh kepada arahan kepimpinan parti melalui konsep 'kami dengar dan kami patuh', tetapi apa yang berlaku di Kedah mendedahkan segala-galanya.Lebih daripada itu, dari semasa ke semasa kedudukan ulama sudah tidak selamat lagi dalam Pas, seorang demi seorang mahu disingkirkan.
Majlis Syura Ulama dilihat bukanlah badan rujukan yang perlu diikuti.Sebab itulah, krisis di Kedah menyaksikan Azizan yang dianggap daripada kelompok ulama mahu disingkirkan melalui mainan politik golongan bukan ulama. Sikap hipokrit kepimpinan Pas yang sering kali dianggap dihinggapi sindrom penafian dan menuding pihak lain terutama media terhadap apa juga berlaku kepada parti itu sudah mula memakan diri.Ia bagaikan api dalam serkam serta bisul yang akhirnya menjadi barah kepada Pas, oleh itu tidak perlulah Pas bermuka-muka dan bersikap hipokrit lagi. Apa yang lebih malang, 'serangan' ke atas Azizan hanya semata-mata kerana ketegasan beliau dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan negeri dan tidak mahu tunduk kepada tekanan mana-mana pihak di luar parti.Sebab itulah, sehinggalah malam kelmarin, Azizan masih tegas dengan pendiriannya untuk menerajui Kedah biar pun mendapat pelbagai serangan dan tekanan.Azizan tidak berasa tergugat atau terancam sebaliknya pihak-pihak yang cuba menjatuhkan beliau pula yang resah gelisah. Mereka menjadi tidak menentu kerana segala usaha bagi menyingkirkan Azizan pada masa ini menemui jalan buntu.Krisis antara Azizan dan Phahrolrazi sepatutnya diselesaikan oleh dua pemimpin itu secara musyarawarah tetapi malangnya dalam kekalutan itu penulis diberitahu 'mainan politik' dari dalam dan luar parti turut dirancakkan.
Kesudahannya, Azizan bukan sahaja terpaksa menyelesaikan isu pelantikan Exco tetapi lebih besar daripada itu menahan arus serangan bagi memastikan beliau tidak lagi berada di tampuk pemerintahan kerajaan negeri Kedah.Soalnya, kenapa Azizan hendak disingkirkan? Kenapakah begitu berani Pas kawasan Kuala Kedah memberikan kata dua kepada pemimpin mereka sendiri?Segala-galanya berlaku kerana ada mainan pihak luar yang mahu menjatuhkan Azizan, sebab itulah Dewan Ulama Pas pusat dan Kedah dalam satu kenyataan bersama menegaskan, dewan itu sama sekali tidak menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pas negeri Kedah.Kenyataan itu sebagai amaran bukan sahaja kepada pihak luar tetapi juga puak Anwarinas yang berusaha menjadikan Azizan mangsa kedua disingkirkan selepas mereka melakukannya ke atas Datuk Dr. Hasan Ali di Selangor.Tindakan Dewan Ulama itu membuktikan bahawa memang ada usaha untuk menyingkirkan Azizan sebab itulah, mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan yang dilihat berbentuk amaran itu.Bagaimanapun, tidak kira apa juga penyelesaian yang dicapai dalam isu konflik di Kedah tetapi ia sama sekali tidak akan mampu memulihkan imej Pas.Selain itu ia juga tidak akan berupaya menyatukan semula Pas negeri itu yang berantakan. Keadaan Pas Kedah ibarat gelas yang pecah tetapi cuba disatukan dengan menggunakan pelekat tetapi 'kerosakannya' tetap dapat dilihat.Begitulah juga keadaan di negeri berkenaan, Pas pusat mungkin boleh mengaburi penyokong mereka kononnya konflik sudah selesai, puak yang bertelagah bersedia bertaut kembali.Tetapi rakyat pasti akan memahami semua itu hanya retorik politik semata-mata.
Gerakan menjatuhkan Azizan tidak dapat dibendung lagi dan Azizan pun sudah tidak boleh bekerja dengan dua Exco yang menolak dilanjutkan perkhidmatan mereka.Sebab itulah ketika pelantikan semula lapan Exco baru-baru ini, Azizan menyerahkan portfolio kedua-dua mereka kepada orang lain. Kalau Azizan masih mahukan mereka, sudah pasti beliau tidak akan berbuat demikian sebaliknya akan menunggu kedua-dua Exco itu menamatkan tempoh perkhidmatan mereka.Justeru jelaslah, Pas pusat boleh berusaha untuk menggambarkan konflik di Kedah sudah diselesaikan secara 'sebulat suara' tetapi luka akibat apa yang berlaku masih berdarah dan sukar disembuhkan. Politik tetap politik ia berkaitan dengan pengaruh, perebutan kuasa dan kedudukan, apatah lagi bagi mereka yang baru meraih kuasa secara mengejut. Oleh itu tidak perlulah Pas merasakan semua perkara itu tidak berlaku kepada pemimpin mereka.Ia kerana bak kata bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, ''Konflik Pas Kedah adalah berkat doa daripada pihak yang sayangkan negara dan akhirnya Tuhan menunjukkan wajah sebenar Pas.''
Utusan
salinan Empayar Pemuda

PERANAN USTAZ PERLU LEBIH ISLAMIK


Thursday, March 8
Bila kira bicarakan mengenai pendidik, terdapat perbezaan yang jelas antara guru bukan aliran agama dan guru aliran agama (Ustaz / Ustazah). Sudah tentu guru aliran agama (Ustaz / Ustazah) mempunyai nilai persepsi (tanggapan) yang begitu positif oleh masyarakat.
Tetapi kes yang berlaku di Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Jejawi Perlis harus membuka mata semua pihak khususnya parti politik yang mempunyai hubungan kuat dengan pentadbiran sekolah tersebut.
Kematian seorang pelajar adik Saiful Syazani akibat dipukul seorang Warden Asrama (seorang Ustaz) iaitu Hanif Mohd Ali dilihat keterlaluan dan memberi imej negetif kepada golongan pendidik khususnya mereka yang bergelar Ustaz / Ustazah.Bagi parti politik yang mempunyai hubungan kuat dengan sekolah tersebut, janganlah hanya main politik dengan menggunakan agama sahaja, tetapi perlu kepada reformasi secara keseluruhan terhadap SOP dan tadbir urus pendidikan untuk memandu para pengajar yang dilantik.
salinan Bangsaku 2020