Jumaat, 22 November 2013

 
 
 
 

Berulang lagi kes conteng menconteng di universiti. Seolah tiada modal hendak dilakukan bagi mengisi ruang aktivisme pelajar. Budaya ini adalah ulangan kejadian yang sama di universiti tersebut (baca sini).

Berikut adalah tulisan pendedahan yang dibuat oleh seorang blogger mengenai budaya conteng tersebut.

"Lihat gelagat para penyokong kumpulan mahasiswa propembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M di Universiti Malaya dalam foto di bawah. Kelihatan mereka sedang membersihkan logo Hippie yang diconteng di sekitar kawasan kampus.
Gelagat ini boleh ditafsirkan sebagai tindakan u-turn oleh Pro-M selepas isu logo Hippie yang dikaitkan dengan kehadiran Fahmi Reza meletus sejak sehari yang lepas. Rata-rata pelajar UM melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang dianggap amat keterlaluan hingga mencemarkan pemandangan warga kampus.
Lepas buat, pakat-pakatlah cuci, kata salah seorang mahasiswi yang ditemui SB petang tadi ketika meninjau gelagat mereka ini.
Sebelum ini juga pernah berlaku beberapa insiden yang mirip sama gamenya. Ingat peristiwa Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang hilang pada 20 Februari 2011? Masturah ketika itu merupakan salah seorang calon boleh menang Pro-M dilaporkan hilang sewaktu keluar berkempen di blok Pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat kediaman pelajar luar UM. Sebaik isu ini meletus, pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas kumpulan Penggerak Mahasiswa. Tidak cukup dengan itu, HEPA juga dikaitkan sama kononnya bersikap acuh tak acuh dalam menjaga keselamatan mahasiswa. Isu ini sedikit sebanyak telah menaikkan nama Pro-M dan Masturah sendiri. Simpati diraih, perhatian memuncak menjelang hari pembuangan undi hinggalah tiba-tiba sahaja Masturah muncul semula dan diumumkan sebagai calon yang menang undi tertinggi" baca lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan