Khamis, 21 November 2013

Dasar Putar Belit Alam.

SELURUH RAKYAT MALAYSIA DITIPU BULAT - BULAT !!

Betul juga kenyataan di bawah. Setelah seluruh rakyat Malaysia ditipu bulat-bulat tanpa rasa berdosa dan bersalah oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang semasa PRU13, mereka masih belum meminta maaf di atas penipuan jijik mereka.

You name it. Hampir kesemua pemimpin pembangkang telah menipu berbohong tentang isu ini. Ada juga yang memperlekehkan SPR dan kemenangan BN berdasarkan kepada undi orang Bangladesh. Orang itu ialah Lim Guan Eng DAP.

Orang ini yang juga mengkritik hebat sistem pilihanraya Malaysia mempertikaikan pakatan pembangkang sepatutnya menang kerana mendapat undi popular yang lebih. Padahal, sistem pilihanraya negara berdasarkan kepada 'first past the post' dan anak Kit Siang DAP itu pun tahu tapi berdegil mahu menjadikannya satu isu murahan.

Tetapi apabila Lim Guan Eng DAP tergolek jatuh ke tangga 5 ditolak perwakilan semasa pemilihan semula CEC DAP dan mendapat undi popular yang berkurangan, beliau dengan tanpa malunya menjawat jawatan tertinggi di dalam parti DAP. Manakala, calon yang mendapat undi popular yang terbanyak hanya sekadar pengerusi biro parti sahaja.

Seriously, di manakah nilai kredibiliti Setiausaha Agung DAP ini? Cakap saja pandai tapi bila kena batang hidung sendiri, beliau tidak pula 'bangkit mempertahankan prinsip' beliau?

Kerana itu juga kita saksikan krisis dalaman DAP di beberapa negeri seperti Kedah, Melaka dan lain-lain. Amat memalukan sekali.

Selain daripada itu, media pro-pembangkang juga memainkan peranan yang sangat jijik dan kotor tentang isu 40,000 'pengundi Bangladesh'. Lihat printscreen di bawah :

Kita saksikan kembali 'pendedahan' Anwar tentang 40,000 pengundi yang tidak masuk akal tetapi dipercayai bulat-bulat oleh sebahagian rakyat Malaysia.

Dan seperti yang kita semua tahu, finale kepada kenyataan di bawah ialah Anwar terpaksa gigit jari sekali lagi kerana kalah dalam PRU13 !

Video : berbelit dan tidak betul

Dan setelah terbukti bahawa isu 40,000 'pengundi Bangladesh' adalah satu penipuan paling jijik dalam sejarah pilihanraya negara ini, tidak ada seorang pemimpin pembangkang yang tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Di bawah adalah laporan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh tentang pembohongan jijik pembangkang itu :
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi BN pada pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.
Najib berkata jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu.
"Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional," katanya secara sinis dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Dua Hala dengan kerajaan Bangladesh di Dhaka.
Kata Najib perdana menteri Bangladesh turut mempersoalkan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai mustahil kerana untuk mengundi di Malaysia, seseorang warga Bangladesh perlu menukar kerakyatan mereka kepada warganegara Malaysia.
"Dia kata memang tidak ada (tidak wujud) tindakan untuk kita (kerajaan Malaysia) memberi 40,000 kewarganegaraan pada orang Bangladesh," kata Najib.
Pada PRU-13, pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi parti gabungan berkenaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat menyelar dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lepas, hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia - Bernama
MiM hairan kerana masih ada juga rakyat yang masih percaya dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan media-medianya yang ternyata telah berbohong besar dan memperbodoh-bodohkan seluruh rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan