Rabu, 18 November 2015

Mufti Perlis Ditegur

Kenyataan Media
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)
1. Isu dzikir sambil menari atau menggerakkan badan  sebenarnya sudah lama dibahas secara tuntas oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini dikategorikan dalam perkara furu’iyyah (ranting agama) yang memerlukan sikap toleransi sesama kita  oleh dalam perbezaan pendapat.
2. Sehubungan dengan itu ia tidak sepatutnya dijadikan isu besar, atau berat sehingga boleh menimbulkan kecaman sesat ke atas golongan yg berbeza pandangan dengan Mufti Perlis.
3. Justeru, apa motifnya jika isu picisan ini diangkat kembali ke persada? Apakah fatwa Negeri Perlis ingin bersikap radikal dengan memaksa umat Islam di negeri lain untuk menerima pandangan mereka? Atau  mereka lebih suka untuk bersikap prejudis kepada mereka yang mengamalkan ilmu tasawuf atau tarekat? Atau Mufti Perlis sengaja ingin menjadi jaguh fitnah dikalangan masyarakat awam? Bertaqwalah kepada Allah dan tanyalah hatimu sebelum memberi fatwa.
4. Fatwa Mufti Perlis yang menyatakan bahawa perbuatan terbabit adalah haram dan sesat adalah fatwa yang merepek dan tidak masuk akal. Ia sama sekali tidak boleh dijadikan sandaran untuk masyarakat umum.
3. Hal ini berdasarkan kepada banyak dalil2 syarak yang  mengharuskan perbuatan zikir sambil menggerakkan badan. Antaranya :
Dalil al- Quran al-Karim :
Asas berzikir dalam semua keadaan adalah berdasarkan kepada firman Allah surah Ali Imran ayat 191 yang bermaksud: (Iaitu) Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring...
Imam al-Alusiy dalam tafsirnya 'Ruh al-Ma'aniy menjelaskan (selepas penerangan yang panjang) Sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar ra dan Urwah bin al-Zubair ra serta jamaah daripada sahabat ra. Mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di Musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun dalam keadaan berdiri sebagai mengambil berkat dengan kesesuaian ayat tersebut.
6. Dalam surah al Nisaa ayat 103 disebutkan maksudnya : "kemudian apabila kamu telah selesai memgerjakan solat maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah SWT semasa kamu berdiri, duduk dan semasa berbaring.."
Imam al Qurtubiy menyebutkan di dalam Tafsirnya al Jami al-Ahkam bahawa dalam ayat ini Allah SWT menyatakan anak adam melakukan urusan mereka dengan 3 keadaan. Ia seolah2 membataskannya mengikut masa. Tetapi terdapat hadis Sayyidatina Aishah tampil menjelaskan maksudnya
bahawa Baginda Nabi SAW berzikir kpd Allah dalam semua keadaan.
Lalu Imam al Qurtubi menyimpulkan dengan kata- katanya: "Orang yang berzikir dalam semua keadaan akan beroleh pahala dan ganjaran."
7. Dalam surah az -Zumar ayat 23, Allah SWT menyifatkan kulit orang berzikir dan takutkan Allah akan menjadi meremang dan halus...
Ketika mengulas ayat ini, Syeikh Atiah Saqar menjelaskan bahawa pada ketika kulit meremang apabila mendengar atau membaca alQuran maka ia akan memberi kesan kepada saraf untuk membangkitkan apa2 pergerakan tubuh badan.
Oleh yang demikian, amalan zikrullah yang dilakukan dengan pergerakan tubuh badan adalah sesuatu yg normal dan merupakan fitrah insani yang memanifestasikan kebesaran Allah SWT.
8. Dalam surah al A'raf 172 Allah SWT menjelaskan perihal keadaan roh sewaktu mula diciptakan.
Syeikh Yusof Khattar Muhammad ketika mengulas ayat ini menjelaskan bahawa faktor yang menjadikan badan manusia bergerak2 ketika mendengar suara merdu adalah disebabkan kerana roh merasa kesedapan terkenangkan firman Allah melalui ayat ini.
Dalil Hadis:
9. Daripada Saidatina Aishah ra berkata: Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di Masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda SAW . Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.(riwayat Muslim 2063).
10. Diriwayatkan oleh Abu Naim daripada al Fudail bin Iyad rh berkata: Bahawa sahabat Rasullullah SAW ketika zikrullah bergoyang-goyang ke kanan dan kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan dan kemudian ke belakang.
11. Logik akal kita menyatakan bahawa pergerakan badan seseorang adalah  bersesuaian dengan fitrah manusia yang sukakan keindahan dan ketenangan. Apatalagi jika ianya zikrullah yang sememangnya dijamin oleh Allah sbg amalan yang  'menghidup dan memenangkan hati.'
Hal ini sesuatu yang biasa berlaku keatas mana manusia sekalipun. Kecuali bagi orang yang tidak memiliki deria perasaan yang sensitif dan hatinya pula telah lama kering dan tandus.
kesimpulannya,  ayat al Quran dan hadis-hadis diatas dan selainnya jelas membuktikan kepada kita bahawa perbuatan menggerakkan badan ketika berzikir sudah wujud semenjak dari zaman Nabi SAW lagi.
Malah berdasarkan dalil ini juga Baginda Nabi SAW tidak pernah menghalang ataupun menegah perbuatan itu. Bahkan Baginda SAW juga tidak pernah menyifatkan zikir seperti itu sebagai sesat atau haram.
Adalah lebih baik jika Mufti Perlis memikirkan inisiatif bagi mengatasi masalah arak, zina, judi,bercerai, kelab malam dan gejala sosial di Perlis berbanding mengeluarkan fatwa yang merepek dan mengharu biru umat Islam di negara ini. Sudah tiba masanya Mufti diperadabkan dengan disiplin ilmu feqah dan  adab2 dlm menyampaikan  fatwa.
Hal ini penting supaya institusi fatwa dan Mufti benar2 menjadi rujukan agama,  tidak dipandang serong, tidak dituduh jumud dan bersifat radikal dalam penyampaian ilmu agama.
Sekian terima kasih
Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA
29 Oktober 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan