Rabu, 18 November 2015

CUKAI KEPALA YANG PATUT DIHAPUSKAN





Melancong ke Thailand sememangnya menjadi destinasi yang popular bagi rakyat Malaysia.  Antara destinasi yang popular  sekitar Satun, Hatyai, Krabi, Phuket, Koh Lipe, Koh Samui, Pattani dan lain-lain.

Pesta Songkran yang disambut pada pertengahan bulan April setiap tahun telah menjadi tarikan pelancong bukan sahaja dari Malaysia tetapi seluruh dunia.  

Begitu juga dengan pesta himpunan motosikal atau lebih dikenali sebagai bike week yang kerap diadakan di sana. Antara bike week yang menjadi tumpuan para pemilik motosikal besar dari Malaysia, Singapura dan lain-lain ialah Burapa Bike Week, Phuket Bike Week, Krabi Bike Week (hari ini),  Hatyai Bike Week dan lain-lain. Ia menjadikan Thailand tidak pernah sunyi dengan kunjungan ribuan pemilik motosikal tanah air.

Bagi kaum wanita pula mereka lebih gemar menggunakan bas atau van sewa khas. Antara destinasi popular untuk rombongan cik kiah ialah Wang Kelian, Padang Besar, Hatyai, Betong, Golok dan Tak Bai.  Kalau ke Wang Kelian rombongan cik kiah ini tidak memerlukan pasport antara bangsa atau pas sempadan.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah mengenai kutipan wang yang dibuat oleh pegawai imigresen dan kastam Thailand. Setiap pelancong Malaysia yangMENDAFTAR masuk akan diminta membayar wang seringgit hingga dua ringgit seorang.  

Kutipan seringgit seorang bukan lah perkara baru, menurut cerita orang tua-tua yang pernah menyertai rombongan pada tahun 50an dan 60an, amalan ini sudah lama dilakukan oleh mereka.

Di Bukit Kayu Hitam hanya RM 1.00 yang dikenakan semasa masuk dan semasa keluar. Jika kita bawa motosikal dan kereta tidak ada sebarang bayaran yang dikutip oleh mereka. Akan tetapi cuba kita masuk melalui Wang Kelian, sebuah kereta akan dikenakan caj sebanyak RM 10.00 jika tidak kita tidak dapat masuk, mahu atau tidak wang wajib dibayar.

Tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ribuan pelancong akan masuk ke sana setiap hari. Cuba kita congak secara lisan, setiap hari bukan sikit jumlah rakyat kita ke sana.  

Lumayan sungguh pendapatan mereka dan tidak hairanlah pegawai-pegawai mereka boleh mampu berulang alik dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam dengan memandu kereta-kereta mewah yang di import dari Eropah.

Oleh itu, sebagai pengerusi Asean, kita perlu mendesak kerajaan Thailand mengambil tindakan drastik menghapuskan budaya cukai haram ini yang menjadi amalan turun temurun sejak puluhan tahun. 

Kerajaan Thailand perlu menangkap dan menghukum pegawai mereka yang korup ini.  Ini baru cerita bab cukai kepala, akan datang kita cerita bab korupsi polis depa pula. 

Bila berlaku kes memperdagangan manusia dan jumpaan kubur besar di Wang Kelian ia sedikit pun tidak mengejutkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan