Jamil Khir Baharom sendiri merupakan antara yang paling kerap difitnah oleh puak-puak PKR. Dan puak yang paling banyak memohon maaf apabila terkantoi walaupun sebelum diheret ke mahkamah bukan main lagi hebat sembangnya, adalah PKR sendiri. Setelah bertahun-tahun membuat fitnah dan menanamkan perkara batil dalam otak para penyokong mereka dan orang awam, akhirnya mereka meminta maaf dan menyatakan bahawa mereka hanya 'bergurau' atau 'salah faham'.
Nampaknya Akmal Nasir juga sedang cuba melakukan perbuatan yang sama.
Pada masa yang sama, Akmal Nasir turut mengancam bahawa tindakan Jamil Khir menyamannya akan turut melibatkan 588,930 orang penyumbang YAPEIM (RUJUK SINI).
Sebagai makluman, pada 9 November 2015, Akmal Nasir membuat tuduhan kononnya YAPEIM telah membelanjakan wang berjumlah RM223,000.00 untuk kempen pilihanraya kecil di Parlimen Rompin.
Pada 11 November 2015, Akmal kemudiannya menuduh Presiden dan Timbalan Presiden serta keluarganya menerima pendapatan lumayan yang keselurhannya adalah sebanyak RM154,700 sebulan.
Pada 13 November 2015 pula, Akmal Nasir telah mengeluarkan lagi kenyataan bahawa terdapat satu skandal melibatkan YAPEIM di mana wang sebanyak RM410,978.56 yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah TELAH DISALAHGUNAKAN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, Jamil Khir Baharom. Akmal Nasir juga menambah bahawa walaupun perjalanan tersebut dikatakn untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan Kelan Santun YAPEIM', berdasarkan perbelanjaan-perbelanjan yang dicaj dan dibayar oleh YAPEIM, ia adalah bersifat SUKARIA dan langsung tiada unsur amal jariah. Dia turut menyatakan bahawa bayarn dibuat menggunakan wang yang dikhususkan untuk kegunaan anak yatim dan miskin.
Namun keesokannya iaitu pada 14 November 2015, Akmal tampil membuat pembetulan bahawa jumlah yang dibelanjakan adalah sebanyak RM590,000 yang telah dibelanjakan dalam program di Amerika Syarikat dan mendakwa hanya melibatkan 100 orang peserta sahaja.
Pada 16 November 2015, Akmal membuat tuduhan bahawa YAPEIM telah membelanjakan sebanyak RM290,000 bagi penganjuran kursus perkahwinan di Paris yagn dirasmikan oleh Jamil Khir Baharom. Dia menuduh, program tersebut tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.
Satu surat tuntutan telah dihantar kepada Akmal dan diterima oleh Pengarah NOW.
Kaedah yang sama dilakukan oleh DAP semenjak sekian lama yang berselindung di sebalik kutipan amal makan malam.
Penerima Surat Tuntutan tersebut seolah-olah menyentap Akmal yang masih cuba menghidupkan saki-baki gertakannya apabila cuba mendedahkan program SANTUN di Paris walaupun akhirnya terkantoi dan terketuk kepala sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan