Selasa, 17 November 2015

MAT SABU BUAT LAWAK NAK RAMPAS KELANTAN!

 

PASIR MAS: Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi “menyelamatkan” kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat.

“Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di sini, malam tadi.

Mat Sabu berkata pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

“Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak… kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana,” katanya.- Bernama

Haha! Aduhai. Makin lama makin kelakar pula bila baca kenyataan-kenyataan berani mati yang dikeluarkan daripada mulut Presiden parti tak sedar diri dah kalah tapi mengaku hebat lagi.

Ini sememangnya menjadi berita lucu dan hiburan buat kita. Mereka ini juga bukti betapa buruknya sikap pemimpin pembangkang. Sebab itu mereka tidak layak untuk mentadbir Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan