DAPig Tidak Pernah Mengiktiraf ISLAM,Mereka Cuma Mahukan Kuasa!!!!
Setelah bertahun diperkudakan
oleh PKR dan DAP akhirnya PAS seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui,
bahawa parti itu telah GAGAL mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu, Karpal Singh
dengan ajaran Islam. Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun
Taib ketika mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir
ini.
Harun Taib berkata, kenyataan
Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji
serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak
betul.
Disebabkan kenyataan Karpal
yang meminta agar PAS dibubarkan pendaftaran, sebelum ini, ramai di kalangan
pimpinan PAS mula melenting bagai nak gila. Baik pemimpin yang besar, hinggalah
kepada pemimpin di peringkat kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan
tidak percaya kenyataan tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka
di dalam pakatan pembangkang.
Sedangkan sebelum ini, baik
DAP mahupun Karpal Singh mereka ini semua dipuji bak setinggi langit. Kononnya
parti ultra kaisu itu telah mula faham dengan Islam, persetujuan untuk
bekerjasama adalah sebahagian dari dakwah, malah ada di kalangan mereka yang
‘marah’ dan yang sanggup membela DAP yang dilabelkan sebagai ‘kafir
harbi’.
Contohnya Setiausaha Dewan
Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh
Harakah Daily pada 16 Ogos 2012 mengatakan, tindakan melabelkan DAP sebagai
kafir harbi adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan
mereka.
Beliau menjelaskan, dalam
konteks hubungan antara PAS dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama
Pakatan, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir
mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang
Islam.
Paling menarik, mereka turut
mengeluarkan fatwa songsang dengan mengatakan mengundi calon-calon DAP pada
pilihanraya adalah tidak haram kerana parti itu telah bersepakat untuk mengikat
janji dengan PAS. Antara hujah yang digunakan, kononnya ia bertepatan dengan
prinsip siyasah syar’iyyah.
Seterusnya PAS suatu ketika
dahulu juga, pernah berbangga apabila mendakwa DAP telah mula memahami Islam
sejak parti itu menggunakan pendekatan ‘tahaluf siyasi’. Ini kerana menurut
mereka, ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang yang diadakan pada 2010, ia telah
diakhiri dengan bacaan doa.
Mereka mendakwa ia sebagai
bukti dan tanda DAP telah mula mendekatkan diri dengan Islam dan semakin terbuka
untuk menerima Islam selari dengan kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.
Malah bekas menteri besar
Perak sebelum ini juga pernah berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai
cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama
ada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu.
Paling menarik, untuk
mengelaburi mata rakyat, mereka turut mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan
salah seorang Exco dari DAP pada ketika itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran
yang dibaca oleh Nizar. Nga dikatakan sering bertanya dari ayat mana dan surah
apa yang dibacakan oleh Nizar.
Tidak cukup dengan itu, bagi
meyakinkan hubungan antara PAS dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga
sering merujuk kepada Al-Quran bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip
keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah.
Tetapi itu semua hanya tinggal
sejarah, kini DAP tidak lagi dianggap sebagai sahabat mahupun kawan. Tambahan
pula pada Muktamar kali ini, parti itu akan memilih pucuk pimpinan. Maka sudah
tentu mereka yang ingin bertanding perlu meyakinkan para perwakilan bahawa
mereka adalah merupakan calon yang paling layak untuk dipilih.
Selain mempunyai kredibiliti,
watak garang dan tegas juga perlu ditonjolkan bagi memastikan perwakilan yakin
dan seterusnya mengundi mereka.
Kesimpulannya, kenyataan
Karpal dan isu Hudud yang dimainkan pada ketika ini tidak lebih hanya satu drama
dan sandiwara. Ini kerana semua perkara yang dibangkitkan itu akan lenyap
sejurus sahaja keputusan pemilihan diketahui.
Hakikatnya PAS adalah
merupakan parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan