Berulang lagi kes conteng menconteng di universiti. Seolah tiada modal hendak dilakukan bagi mengisi ruang aktivisme pelajar. Budaya ini adalah ulangan kejadian yang sama di universiti tersebut (baca sini).
Berikut adalah tulisan pendedahan yang dibuat oleh seorang blogger mengenai budaya conteng tersebut.
"Lihat gelagat para penyokong kumpulan mahasiswa propembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M di Universiti Malaya dalam foto di bawah. Kelihatan mereka sedang membersihkan logo Hippie yang diconteng di sekitar kawasan kampus.
Gelagat ini boleh ditafsirkan
sebagai tindakan u-turn oleh Pro-M selepas isu logo Hippie yang dikaitkan dengan
kehadiran Fahmi Reza meletus sejak sehari yang lepas. Rata-rata pelajar UM
melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut
yang dianggap amat keterlaluan hingga mencemarkan pemandangan warga
kampus.
Lepas buat, pakat-pakatlah
cuci, kata salah seorang mahasiswi yang ditemui SB petang tadi ketika meninjau
gelagat mereka ini.
Sebelum ini juga pernah
berlaku beberapa insiden yang mirip sama gamenya. Ingat peristiwa Masturah Abu
Bakar, isteri Safwan Anang hilang pada 20 Februari 2011? Masturah ketika itu
merupakan salah seorang calon boleh menang Pro-M dilaporkan hilang sewaktu
keluar berkempen di blok Pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat kediaman
pelajar luar UM. Sebaik isu ini meletus, pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas
kumpulan Penggerak Mahasiswa. Tidak cukup dengan itu, HEPA juga dikaitkan sama
kononnya bersikap acuh tak acuh dalam menjaga keselamatan mahasiswa. Isu ini
sedikit sebanyak telah menaikkan nama Pro-M dan Masturah sendiri. Simpati
diraih, perhatian memuncak menjelang hari pembuangan undi hinggalah tiba-tiba
sahaja Masturah muncul semula dan diumumkan sebagai calon yang menang undi
tertinggi" baca
lanjut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan