Jahanam Syiah! Nikah Kontrak Tawaran Masuk Syiah?
BANDARAYA MELAKA – Nikah mutaah antara tawaran yang digunakan
penyebar fahaman syiah untuk menarik lebih ramai pengikut khususnya dari
kalangan anak muda.
Malah lebih membimbangkan apabila ada yang beranggapan isteri orang
boleh dinikahi dengan syarat jangan suami wanita berkenaan tahu.
Demikian pendedahan dibuat oleh Mufti Melaka, Datuk Wira Rashid Redza
Md Salleh.
Menurutnya, syiah yang boleh merosakkan akidah umat Islam itu turut
mewujudkan kerisauan kerana boleh meruntuhkan pembangunan ummah di negara
ini.
“Syiah ini kita perlu faham apakah ajaran sebenarnya kerana di
luarnya saduran cukup cantik, silap-silap bawa tawaran menarik.
“Antara amalannya sembahyang boleh jamak, sembahyang Jumaat tak payah
dan kahwin mutaah yang mampu menarik minat orang muda.
"Nikah mutaah ini bila terdesak dibolehkan, malahan isteri orang
boleh dinikahi dengan syarat jangan suami dia tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk
Idris Haron merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ulamak Negeri Melaka Ke-21
serta meraikan golongan haji dan hajjah di Dewan Sekolah Rendah Agama Peringgit,
di Melaka, semalam.
Beliau turut melahirkan kerisauan akibat perkahwinan mutaah juga
boleh meningkatkan penyakit kelamin.
“Saya difahamkan ada seorang pengikut ini sudah memiliki 40 hingga 50
suami melalui perkahwinan ini. Dan pernikahan ini pastinya boleh merosakkan
keturunan,” katanya.
Beliau turut mendedahkan, Jabatan Mufti Melaka turut pernah menyekat
permintaan sebuah pergerakan syiah di negeri berkenaan yang berhasrat menubuhkan
madrasah mereka bagi menyebarkan fahaman itu.
Akibat halangan yang dikeluarkan katanya, kumpulan berkenaan dikesan
bergerak secara halus menerusi orang perseorangan bagi mengelak dikesan pihak
berkuasa dan usaha itu perlu dibanteras.
"Guru agama termasuk guru takmir dan persatuan ulama perlu bergerak
bersama-sama dengan agensi agama negeri bagi memperhebatkan usaha memerangi
fahaman syiah ini," katanya.
Beliau menambah, fahaman syiah yang disebarkan secara halus bagi
mengelak dihidu pihak bertanggungjawab perlu diperangi dengan memperkukuhkan
asas agama umat Islam berlandaskan fahaman ahli sunnah wal jamaah.-Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan