KANTOI !!! AKHIRNYA PAS MENGAKU DAP MASIH BELUM FAHAM ISLAM !!! WAJIB BACA !!!
Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP
akhirnya Pas seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui,bahawa parti itu
telah GAGAL mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu,Karpal Singh dengan ajaran
Islam.Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib ketika
mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini.Harun Taib
berkata,kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap
pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar
kenyataan itu tidak betul.Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas
dibubarkan pendaftaran,sebelum ini,ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting
bagai nak gila.Baik pemimpin yang besar,hinggalah kepada pemimpin di peringkat
kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan tersebut
keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan
pembangkang.Sedangkan sebelum ini,baik DAP mahupun Karpal Singh mereka ini semua
dipuji bak setinggi langit.
Kononnya parti ultra kaisu itu telah mula faham
dengan Islam,persetujuan untuk bekerjasama adalah sebahagian dari dakwah,malah
ada di kalangan mereka yang ‘marah’ dan yang sanggup membela DAP yang
dilabelkan sebagai ‘kafir harbi’.Contohnya Setiausaha Dewan Ulama PAS
Pusat,Dr Khairuddin Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh Harakah Daily
pada 16 Ogos 2012 mengatakan,tindakan melabelkan DAP sebagai kafir harbi adalah
salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.Beliau
menjelaskan,dalam konteks hubungan antara Pas dengan DAP yang mengikat janji
sepakat atas nama Pakatan,maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh
dikategorikan sebagai kafir mu’ahid,iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat
janji dengan orang Islam. Paling menarik, mereka turut mengeluarkan fatwa
songsang dengan mengatakan mengundi calon-calon DAP pada pilihanraya adalah
tidak haram kerana parti itu telah bersepakat untuk mengikat janji dengan
Pas.Antara hujah yang digunakan,kononnya ia bertepatan dengan prinsip siyasah
syar’iyyah. Seterusnya Pas suatu ketika dahulu juga, pernah berbangga apabila
mendakwa DAP telah mula memahami Islam sejak parti itu menggunakan pendekatan
‘tahaluf siyasi’.
Ini kerana menurut mereka,ketika Konvensyen DAP
Pulau Pinang yang diadakan pada 2010,ia telah diakhiri dengan bacaan doa.Mereka
mendakwa ia sebagai bukti dan tanda DAP telah mula mendekatkan diri dengan Islam
dan semakin terbuka untuk menerima Islam selari dengan kenyataan yang pernah
diungkapkan oleh Musyidul Am,Nik Aziz Nik Mat.Malah bekas menteri besar Perak
sebelum ini juga pernah berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai cukup
intim,saling memahami,tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama ada agama
atau yang menyentuh hak orang Melayu.Paling menarik,untuk mengelaburi mata
rakyat,mereka turut mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan salah seorang Exco
dari DAP pada ketika itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh
Nizar.
Nga dikatakan sering bertanya dari ayat mana
dan surah apa yang dibacakan oleh Nizar.Tidak cukup dengan itu,bagi meyakinkan
hubungan antara Pas dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga sering
merujuk kepada Al-Quran bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip
keadilan, kebajikan,integriti,ketelusan dan amanah.Tetapi itu semua hanya
tinggal sejarah, kini DAP tidak lagi dianggap sebagai sahabat mahupun
kawan.Tambahan pula pada Muktamar kali ini,parti itu akan memilih pucuk
pimpinan. Maka sudah tentu mereka yang ingin bertanding perlu meyakinkan para
perwakilan bahawa mereka adalah merupakan calon yang paling layak untuk dipilih.
Selain mempunyai kredibiliti,watak garang dan tegas juga perlu ditonjolkan bagi
memastikan perwakilan yakin dan seterusnya mengundi
mereka.Kesimpulannya,kenyataan Karpal dan isu Hudud yang dimainkan pada ketika
ini tidak lebih hanya satu drama dan sandiwara. Ini kerana semua perkara yang
dibangkitkan itu akan lenyap sejurus sahaja keputusan pemilihan
diketahui.Hakikatnya Pas adalah merupakan parti politik yang menggunakan Islam
untuk kepentingan diri.
APA KATA ANDA ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan