Rupanya Universiti Teknologi Petronas menyimpan seorang
pemimpin pemuda PAS sebagai pensyarahnya di universiti. Pendedahan di atas
dibuat oleh facebooker (di atas) tentang siapa sebenarnya Dr Raja Iskandar Al
Hiss. Maklumat ini boleh disahkan lagi melalui coretan blogger pro PAS ini (baca
sini).
Dewan Pemuda PAS harus berterima kasih kepada UTP
kerana tidak membuang Raja Iskandar sebagai pensyarah universiti. Ini akan
memberi ruang dan peluang yang lebih luas kepada institusi pengajian tersebut
dijadikan markas perkaderan ahli ahli baru PAS di peringkat
universiti.
PAS pula sekarang giat memasukkan bekas aktivis pelajar
di kampus sebagai saf kepimpinan baru mereka dalam parti. Antaranya Abdullah
Abdul Karim (UKM), Ramadhan Fitri (UM) dan Nazri Din (UPM). Jangan terkejut jika
dalam tempoh jangka panjang, ramai mahasiswa mengikut ideologi PAS menerusi
perkaderan yang dibuat oleh bekas bekas aktivis mahasiswa ini.
Di pihak BN, sekarang ini sudah terbukti dan jelas
bahawa orang muda semakin sukar hendak dipujuk menyokong BN jika universiti pun
dibenarkan secara terbuka menyimpan pensyarah yang jelas menyokong PAS. Selain
UNISEL yang diketahui umum sekarang ini menjadi lubuk dan markas pembangkang,
kini UTP pula dikesan sebagai tempat perkaderan tersebut.
Bila indtrokrin pembangkang sudah masuk. Ianya sukar
dicuci melainkan ianya perlu dilawan dengan indtroktinasi juga. Sejauh manakah
usaha BN untuk bertindak atas cabaran ini? Jika mahu menawan anak muda, ianya
perlu dilakukan dengan usaha dan istiqomah. Insyallah akan berjaya. Jika tidak,
sesuatu yang buruk bakal berlaku pada PRU14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan