"Hadi Awang Sebagai PM Sehari Sebelum Dia MATI?" #HusamJanapari #TikamBelakangAnwar
Husam dah mula tikam
belakang Anwar?
"Satu hari, saya katakan
pada diri saya, aku nak tengok Ustaz Hadi jadi Perdana Menteri Malaysia. Satu
hari... (tegas Husam). Sebelum dia mati.
Kalau kita katakan
Presiden kita adalah pemimpin yang baik, tetapi kita tidak ada keyakinan
langsung untuk membawa beliau ke Putrajaya, dan kita katakan kalau kita ke
Putrajaya, kita akan tinggalkan Islam di pintu Putrajaya, ini adalah kalimat
yang merosakan perjuangan kita" kata Husam Musa.
Mengapa sekarang baru
bercakap mahu Hadi Awang jadi PM? Kenapa tidak ketika Husam bertanding di
Putrajaya? Apakah Anwar Ibrahim sudah diyakini sebagai pemimpin yang tidak baik
bagi Husam Musa?
Siapa yang tinggalkan
Islam di pintu Putrajaya kalau bukan DAP? Ini adalah satu ucapan retotik Husam
Musa hanya untuk memancing undi dan perhatian perwakilan PAS. Paling menarik,
Khalid Samad memandang dengan penuh sinis ucapan Husam Musa itu.
Apakah ini bermaksud Husam
Musa sudah mula tikam belakang Anwar Ibrahim? Tidak yakin Anwar boleh jadi PM?
Husam jangan tuduh dan menafikan kenyataan yang beliau ucap sendiri selepas
ini.
Lebih baik dan praktikal,
Husam dan perwakilan PAS cadang Ustaz Hadi jadi Ketua Pembangkang dulu sebelum
jadi PM. Ini kerana Anwar Ibrahim sekarang bukanlah ketua yang sah dari segi
perlembagaan PKR dan pakatan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan