Isnin, 19 September 2011

sikap prasangka lumrah manusia.

Pengumuman yang dibuat PM berkaitan pemansuhan Akta ISA, Buang Daerah dan Darurat sepatutnya disambut positif semua pihak tetapi terdapat golongan Ulama yang berpandangan/ berprasangka buruk dengan mempertikaikan niat PM mengumumkan pemansuhan tersebut. Terdapat juga yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaku pemansuhan adalah kejayaan perjuangan mereka selama ini.

Sikap manusia tidak pernah puas terhadap sesuatu selagi keinginan untuk mendapatkan sesuatu terutama kekuasaan dan kekayaan masih belum tercapai. ini bukan sahaja melibatkan golongan masyarakat umum tetapi turut melibatkan Ulama yang lebih berpengetahuan.

Pengumuman yang dibuat sepatutnya disambut baik semua pihak tidak kira perbezaan politik kerana sesuatu penambahbaikkan perlu diterima semua untuk kebaikan bersama selain sikap prasangka yang merosakkan keharmonian bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan