Rabu, 18 November 2015

Mufti Perlis Ditegur

Kenyataan Media
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)
1. Isu dzikir sambil menari atau menggerakkan badan  sebenarnya sudah lama dibahas secara tuntas oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini dikategorikan dalam perkara furu’iyyah (ranting agama) yang memerlukan sikap toleransi sesama kita  oleh dalam perbezaan pendapat.
2. Sehubungan dengan itu ia tidak sepatutnya dijadikan isu besar, atau berat sehingga boleh menimbulkan kecaman sesat ke atas golongan yg berbeza pandangan dengan Mufti Perlis.
3. Justeru, apa motifnya jika isu picisan ini diangkat kembali ke persada? Apakah fatwa Negeri Perlis ingin bersikap radikal dengan memaksa umat Islam di negeri lain untuk menerima pandangan mereka? Atau  mereka lebih suka untuk bersikap prejudis kepada mereka yang mengamalkan ilmu tasawuf atau tarekat? Atau Mufti Perlis sengaja ingin menjadi jaguh fitnah dikalangan masyarakat awam? Bertaqwalah kepada Allah dan tanyalah hatimu sebelum memberi fatwa.
4. Fatwa Mufti Perlis yang menyatakan bahawa perbuatan terbabit adalah haram dan sesat adalah fatwa yang merepek dan tidak masuk akal. Ia sama sekali tidak boleh dijadikan sandaran untuk masyarakat umum.
3. Hal ini berdasarkan kepada banyak dalil2 syarak yang  mengharuskan perbuatan zikir sambil menggerakkan badan. Antaranya :
Dalil al- Quran al-Karim :
Asas berzikir dalam semua keadaan adalah berdasarkan kepada firman Allah surah Ali Imran ayat 191 yang bermaksud: (Iaitu) Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring...
Imam al-Alusiy dalam tafsirnya 'Ruh al-Ma'aniy menjelaskan (selepas penerangan yang panjang) Sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar ra dan Urwah bin al-Zubair ra serta jamaah daripada sahabat ra. Mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di Musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun dalam keadaan berdiri sebagai mengambil berkat dengan kesesuaian ayat tersebut.
6. Dalam surah al Nisaa ayat 103 disebutkan maksudnya : "kemudian apabila kamu telah selesai memgerjakan solat maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah SWT semasa kamu berdiri, duduk dan semasa berbaring.."
Imam al Qurtubiy menyebutkan di dalam Tafsirnya al Jami al-Ahkam bahawa dalam ayat ini Allah SWT menyatakan anak adam melakukan urusan mereka dengan 3 keadaan. Ia seolah2 membataskannya mengikut masa. Tetapi terdapat hadis Sayyidatina Aishah tampil menjelaskan maksudnya
bahawa Baginda Nabi SAW berzikir kpd Allah dalam semua keadaan.
Lalu Imam al Qurtubi menyimpulkan dengan kata- katanya: "Orang yang berzikir dalam semua keadaan akan beroleh pahala dan ganjaran."
7. Dalam surah az -Zumar ayat 23, Allah SWT menyifatkan kulit orang berzikir dan takutkan Allah akan menjadi meremang dan halus...
Ketika mengulas ayat ini, Syeikh Atiah Saqar menjelaskan bahawa pada ketika kulit meremang apabila mendengar atau membaca alQuran maka ia akan memberi kesan kepada saraf untuk membangkitkan apa2 pergerakan tubuh badan.
Oleh yang demikian, amalan zikrullah yang dilakukan dengan pergerakan tubuh badan adalah sesuatu yg normal dan merupakan fitrah insani yang memanifestasikan kebesaran Allah SWT.
8. Dalam surah al A'raf 172 Allah SWT menjelaskan perihal keadaan roh sewaktu mula diciptakan.
Syeikh Yusof Khattar Muhammad ketika mengulas ayat ini menjelaskan bahawa faktor yang menjadikan badan manusia bergerak2 ketika mendengar suara merdu adalah disebabkan kerana roh merasa kesedapan terkenangkan firman Allah melalui ayat ini.
Dalil Hadis:
9. Daripada Saidatina Aishah ra berkata: Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di Masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda SAW . Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.(riwayat Muslim 2063).
10. Diriwayatkan oleh Abu Naim daripada al Fudail bin Iyad rh berkata: Bahawa sahabat Rasullullah SAW ketika zikrullah bergoyang-goyang ke kanan dan kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan dan kemudian ke belakang.
11. Logik akal kita menyatakan bahawa pergerakan badan seseorang adalah  bersesuaian dengan fitrah manusia yang sukakan keindahan dan ketenangan. Apatalagi jika ianya zikrullah yang sememangnya dijamin oleh Allah sbg amalan yang  'menghidup dan memenangkan hati.'
Hal ini sesuatu yang biasa berlaku keatas mana manusia sekalipun. Kecuali bagi orang yang tidak memiliki deria perasaan yang sensitif dan hatinya pula telah lama kering dan tandus.
kesimpulannya,  ayat al Quran dan hadis-hadis diatas dan selainnya jelas membuktikan kepada kita bahawa perbuatan menggerakkan badan ketika berzikir sudah wujud semenjak dari zaman Nabi SAW lagi.
Malah berdasarkan dalil ini juga Baginda Nabi SAW tidak pernah menghalang ataupun menegah perbuatan itu. Bahkan Baginda SAW juga tidak pernah menyifatkan zikir seperti itu sebagai sesat atau haram.
Adalah lebih baik jika Mufti Perlis memikirkan inisiatif bagi mengatasi masalah arak, zina, judi,bercerai, kelab malam dan gejala sosial di Perlis berbanding mengeluarkan fatwa yang merepek dan mengharu biru umat Islam di negara ini. Sudah tiba masanya Mufti diperadabkan dengan disiplin ilmu feqah dan  adab2 dlm menyampaikan  fatwa.
Hal ini penting supaya institusi fatwa dan Mufti benar2 menjadi rujukan agama,  tidak dipandang serong, tidak dituduh jumud dan bersifat radikal dalam penyampaian ilmu agama.
Sekian terima kasih
Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA
29 Oktober 2015

CUKAI KEPALA YANG PATUT DIHAPUSKAN





Melancong ke Thailand sememangnya menjadi destinasi yang popular bagi rakyat Malaysia.  Antara destinasi yang popular  sekitar Satun, Hatyai, Krabi, Phuket, Koh Lipe, Koh Samui, Pattani dan lain-lain.

Pesta Songkran yang disambut pada pertengahan bulan April setiap tahun telah menjadi tarikan pelancong bukan sahaja dari Malaysia tetapi seluruh dunia.  

Begitu juga dengan pesta himpunan motosikal atau lebih dikenali sebagai bike week yang kerap diadakan di sana. Antara bike week yang menjadi tumpuan para pemilik motosikal besar dari Malaysia, Singapura dan lain-lain ialah Burapa Bike Week, Phuket Bike Week, Krabi Bike Week (hari ini),  Hatyai Bike Week dan lain-lain. Ia menjadikan Thailand tidak pernah sunyi dengan kunjungan ribuan pemilik motosikal tanah air.

Bagi kaum wanita pula mereka lebih gemar menggunakan bas atau van sewa khas. Antara destinasi popular untuk rombongan cik kiah ialah Wang Kelian, Padang Besar, Hatyai, Betong, Golok dan Tak Bai.  Kalau ke Wang Kelian rombongan cik kiah ini tidak memerlukan pasport antara bangsa atau pas sempadan.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah mengenai kutipan wang yang dibuat oleh pegawai imigresen dan kastam Thailand. Setiap pelancong Malaysia yangMENDAFTAR masuk akan diminta membayar wang seringgit hingga dua ringgit seorang.  

Kutipan seringgit seorang bukan lah perkara baru, menurut cerita orang tua-tua yang pernah menyertai rombongan pada tahun 50an dan 60an, amalan ini sudah lama dilakukan oleh mereka.

Di Bukit Kayu Hitam hanya RM 1.00 yang dikenakan semasa masuk dan semasa keluar. Jika kita bawa motosikal dan kereta tidak ada sebarang bayaran yang dikutip oleh mereka. Akan tetapi cuba kita masuk melalui Wang Kelian, sebuah kereta akan dikenakan caj sebanyak RM 10.00 jika tidak kita tidak dapat masuk, mahu atau tidak wang wajib dibayar.

Tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ribuan pelancong akan masuk ke sana setiap hari. Cuba kita congak secara lisan, setiap hari bukan sikit jumlah rakyat kita ke sana.  

Lumayan sungguh pendapatan mereka dan tidak hairanlah pegawai-pegawai mereka boleh mampu berulang alik dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam dengan memandu kereta-kereta mewah yang di import dari Eropah.

Oleh itu, sebagai pengerusi Asean, kita perlu mendesak kerajaan Thailand mengambil tindakan drastik menghapuskan budaya cukai haram ini yang menjadi amalan turun temurun sejak puluhan tahun. 

Kerajaan Thailand perlu menangkap dan menghukum pegawai mereka yang korup ini.  Ini baru cerita bab cukai kepala, akan datang kita cerita bab korupsi polis depa pula. 

Bila berlaku kes memperdagangan manusia dan jumpaan kubur besar di Wang Kelian ia sedikit pun tidak mengejutkan. 

DULU TENANG, KINI TAK TENANG


NAK JADI CALON...NAK JADI CALON...

DAULAT SEORANG AYAH - Catatan YAB DS @MukhrizMahathir



DAULAT SEORANG AYAH
Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.
Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.
Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.
Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.
Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH
Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.
Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.
Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.
Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH
Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.
Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.
Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.
Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.
Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.
Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.
Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik - saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari. Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN
Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan. Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.
Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.
MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah. Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam. Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah. Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.
Bukan setakat itu saja,WANG TUNAI Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya? Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya. Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan. Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.
Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah - kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI
Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.
Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.
Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”
Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”
“Bila nak berhenti?” tanya ayah.
“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.
“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.
“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI
Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.
[Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!]

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.
Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015
Like

DS @MukhrizMahathir Nafi Tun Mahathir Dalang Kontroversi 1MDB




Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang yang mendedahkan satu persatu masalah yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah beliau turut menolak sebarang tuduhan yang mengaitkan bapanya termasuk pendedahan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) Jumaat lepas.

Mukhriz menyifatkan dakwaan yang telah dilemparkan terhadap bapanya itu adalah tidak benar

Beliau yakin Dr Mahathir langsung tidak terlibat dalam laporan Wall Street Jurnal. Walaupun Tun Mahathir ada membangkitkan sesuatu isu dalam 1MBDB, tetapi beliau juga yakin bahawa Tun Dr Mahathir tidak terlibat untuk memalsukan dokumen yang didedahkan baru-baru ini.






JAMIL KHIR: TANYALAH DIRI SEIKHLASNYA TUJUAN GUNA DUIT YPEIM UNTUK KE AMERIKA SYARIKAT

Image result for jamil khir

SUATU ketika dahulu, seorang rakan Jelapang berketurunan Tionghua bertanya: "Itu DUIT orang pigi Haji (Tabung Haji) pun itu orang ambil beli tanah 1MDB ke".

Kali ini orang yang sama menelefon Jelapang bertanya: "Itu Menteri Agama ada ambil duit anak yatim beli tiket pi Amarika ka?"

Jelapang tidak tahu apa nak kata. Malaysia kononnya negara Islam contoh bagi dunia.

Tetapi di negara bukan Islam seperti UK dan Amerika nampaknya lebih amanah dari pemimpin di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ustaz Jamil Khir Baharom semalam mengeluarkan kenyataan berikut:  http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-saya-sedia-disiasat-8217-1.158170

Ini ekoran tuduhan beliau mengunakan wang Yapeim untuk lawatan ke Amerika Syarikat.

Jelapang hanya ingin mengulas pendek mengenai perkara ini.

Jamil Khir orang agama. Tahu hukum hakam.

Hanya Jamil Khir dan Allah swt yang mengetahui mengenai niat dan tujuan Jamil Khir menggunakan wang yang diperuntukan untuk anak yatim dan miskin dan wang ini adalah hasil sumbangan masyarakat untuk ANAK YATIM melalui potongan gaji.

Jamil Khir tanyalah diri sendiri. 

Dan gunakan ilmu agama yang penuh di dada kamu untuk menilai isu ini.

Begitu juga Ustazah Zaleha Husin yang sudah pasti amat arif dalam hukum hakam agama.

Tanyalah sendiri.

WAJIB BUNUH DEMI ISLAM.



WAJAH KEBENCIAN UMAT ISLAM!!!!!!