Khamis, 27 Oktober 2011

PERKASA TIDAK MAHU ANTI MELAYU DAN ISLAM ???

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran ahlinya tidak akan mengundi mana-mana calon pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang bersifat anti-Melayu dan Islam,serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya kini sedang memerhatikan calon PRU13 yang sering mengeluarkan kenyataan sensitif sedemikian.Selepas itu,katanya arahan akan dikeluarkan kepada setiap ahlinya di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) melalui pelbagai medium termasuk sistem khidmat pesanan ringkas (sms) supaya tidak mengundi calon tersebut.Katanya,tindakan itu akan dilakukan tidak kira calon parti politik Pakatan Rakyat mahupun Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.“Perkasa akan nyahkan mana-mana calon yang anti-Melayu, anti Islam dan menentang Perlembagaan,jadi mereka takkan dapat undi.Ingatlah mana-mana pihak yang nak jadi calon hati-hati bila bercakap.Walaupun Perkasa bukan parti politik tapi kita tetap mampu bagi impak kepada landskap politik negara,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Persidangan Agung Perkasa kali kedua.


badut rakyat.


Ditanya tentang individu yang menjadi perhatiannya,Datuk Ibrahim Ali bagaimanapun enggan mendedahkannya.“Biarlah misteri dulu sebab kita nak bagi peluang kepada mereka yang dikenal pasti ini kembali kepada pangkal jalan. Bukan sahaja calon Cina dan India,tapi Melayu yang liberal pun ada,” katanya.FMT Melaporkan Menafikan Perkasa bersikap prejudis,Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan itu sekadar mahu mengingatkan calon PRU supaya jangan mengabaikan sensitiviti undi Melayu.Katanya penentuan ini terutamanya membabitkan kawasan yang mempunyai jumlah nisbah pengundi Melayu dan bukan Melayu 60:40, 50:50, serta 55:45.“Kalau 500 ke 700 ahli Perkasa dalam satu Dun tak menyokong parti,sudah tentu dia bagi impak.Jadi sesiapa nak dapat calon perkasa kenalah dekat dengan Perkasa, termasuklah Umno dan parti lain dalam BN,” katanya yang kini mempunyai 300,000 ahli.Beliau turut menjangkakan penambahan jumlah ahli Perkasa mencecah sehingga setengah juta menjelang PRU13.Manakala ahlinya disetiap Parlimen kini ada yang semakin mencecah angka 500 orang ahli.Sementara itu,persidangan,turut bersetuju sebulat suara melantik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin sebagai Naib Presiden Perkasa.Pelantikan itu menggantikan Datuk Mokhtar Samad yang meletakkan jawatan pada awal tahun ini kerana mahu menumpukan tugasnya sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Nik Aziz tidak mahu bercakap mengenai hudud

RANTAU PANJANG 26 Okt. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) tidak mahu lagi bercakap dan menjawab soalan daripada media mengenai hudud bermula hari ini.
Malahan beliau turut mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai jurucakap rasmi mengenai isu hudud.
Mursyidul Am Pas itu berkata, sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukum tersebut dan bukannya hanya bercakap kosong.
"Saya sudah berjanji tidak mahu bercakap lagi mengenai hudud. Hanya Mohd. Amar seorang sahaja yang akan cakap mengenai hudud supaya tidak celaru.
"Zaman bercakap hudud sudah habis, sekarang masa bertindak, kita sudah buat jawatankuasa, biar jawatankuasa tentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan penyampaian sumbangan sempena Aidiladha 2011 di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak memberi tempoh masa tertentu kepada Jawatankuasa Pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan untuk menyiapkan kajian mereka.
Hari ini, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam ruangannya Cuit membidas tindakan kerajaan Pas Kelantan yang hanya banyak bercakap daripada bertindak melaksanakan hudud di negeri ini.
Kelmarin, Kerajaan Pas Kelantan mengumukan pembentukkan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Utusan Malaysia

Jumaat, 7 Oktober 2011

CINA HENTAM CINA.....APA NASIHAT DAP PADA TIAN CHUA?..

Tian Chua yang mungkin bangga dengan undangan untuk bercakap dalam satu forum yang dianjurkan oleh Singapore For Democratic telah menyatakan pandangannya bahawa Singapore kini tertekan untuk menyemak semula Akta ISA mereka berikutan pemansuhan akta tersebut yang dilakukan Malaysia.
.
Pandangannya itu telah disiarkan oleh The Sunday Times, Singapore. (klik sini). Tapi Cina-Cina Singapore telah membalas kenyataan Tian Chua seperti berikut:-

Komen 1:
.
Don't crow too loudly, just watch what Malaysia will do to replace the yet-to-be repealed ISA ... Malaysia's Parliament has yet to sit to act on their PM's promise, which is a great PR exercise.


Singapore is not about to face an election so the pressure is not as great as the Malaysian opposition MP would like it to be. Besides, Malaysian MP better refrain from muddying their neigbhour's political waters.
.
Komen 2:


Our government will make its own decision, no need to be "pressurized" by the Malaysian decision. Every country has its own needs. Keep it as long as it keeps us safe and for as long as it is required!
.

Komen 3:


Now that's interesting.. shouldnt Mr. TC be concern about the Malaysian ISA instead of Singapore's? The leaders of Singapore can handle pressures very well, in case Mr. TC lost touch..
.

Komen 4:


Parti Keadilan Rakyat MP Tian Chua is really a poor guy. Nobody in malaysia listen to him, especially chinese. He is first to support Anwar and co-founder of PKR. He is always targeted and bashed up (i saw him been kicked on the head and back by malaysian malay police on TV news). Really a pathetic man...looks as if he is suffering from internal injuries.
.
Komen 5: in reply to TheGuiltyByStander

Appreciate much all that you've said and so well said.

If MP Tian Chua is afraid in his home country he should be talking to his Government and not overstep his boundary. Singapore surely doesn’t need him to tell us what to do and what is right for us. Time is the most honest and reliable revelation of truths, so the saying goes “time will tell”. Singapore stands tall in spite of the tremendous pressures both from within and without. This is attributed not only to a good and effective Government that upholds good governance, but a citizenry that is by and large sensible, harmonious and understood well what is good for them and their offspring.
.
Renungan: Cina PAP Singapore hentam Cina PKR. Apa Cina DAP akan komen???....PAP adalah saudara kuat DAP...



Posted by Al Capone at Wednesday, September 28, 2011




Bangsaku 2020

Lagi murid dakwa dilarang ambil UPSR

KUALA KRAI 6 Okt. - Selepas murid di Sekolah Kebangsaan Bintangor, Sarawak dan Sekolah Kebangsaan Telok Sira, Baling, Kedah, mendakwa tidak dibenarkan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 dari 13 hingga 15 September, seorang murid di Sekolah Kebangsaan Telkong di sini mengadu mengalami nasib yang sama.

Wan Mohd. Fazlan Wan Ibrahim, 12, yang diberikan angka giliran DG 0251051, mendakwa tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut oleh pihak sekolah atas arahan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini.

Apa yang menyedihkan, katanya, dia hanya diberitahu oleh guru sekolah terbabit tidak layak menduduki peperiksaan ketika mahu memasuki dewan pada hari pertama UPSR dijalankan.

Kejadian tersebut menyebabkan anak bongsu daripada 13 beradik yang telah kematian ibu lima tahun lalu, enggan meneruskan persekolahan sebaik sahaja peperiksaan selesai kerana berasa rendah diri ekoran diejek oleh teman sebaya.

''Saya terkejut dan sedih apabila tidak dibenarkan masuk pada hari pertama UPSR dan diarahkan tidak mengambil semua kertas. Saya tanya guru tersebut kenapa saya tidak dibenarkan masuk, katanya ia arahan daripada PPD.

''Saya malu apabila kawan-kawan mengejek dan menyindir menyebabkan saya pulang ke rumah dan tidak hadir untuk mengambil kertas peperiksaan lain walaupun hati memang ingin mendudukinya seperti rakan-rakan yang lain," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, kakaknya, Wan Rahimah, 22, yang menemaninya kesal kerana aduannya kepada pihak sekolah hanya menerima jawapan yang mengelirukan, begitu juga keterangan pihak PPD dan wakil Kementerian Pelajaran yang menemuinya semalam.

''Selepas tidak puas hati dengan pihak sekolah dan PPD yang membuat saya seperti "bola" kerana disuruh menemui pelbagai pihak tetapi jawapannya tidak menjamin kebajikan adik saya, satu laporan polis dibuat pada Isnin lalu.

''Tujuannya untuk menuntut hak adik saya dan yang menghairankan selepas laporan polis dibuat, wakil Kementerian Pelajaran di Putrajaya datang berjumpa saya semalam dan meminta saya membuat surat pengakuan di hadapannya menyatakan kes tersebut telah selesai," katanya.

Antara alasan pihak sekolah yang ditemui selepas UPSR, katanya, adiknya lemah dalam pelajaran dan tidak mampu menjawab soalan selain memujuknya membenarkan Wan Mohd. Fazlan dimasukkan ke kelas pemulihan integrasi bagi membolehkan dia mengambil peperiksaan tahun hadapan.

''Yang peliknya, selepas memaklumkan perkara tersebut, saya disuruh ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengambil surat akuan yang menyatakan adik saya tergolong disleksia iaitu mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis.

''Sedangkan adik saya ditempatkan di Kelas Wawasan iaitu antara kelas untuk pelajar normal sejak tahun satu walaupun sekolah tersebut memang mempunyai kelas pendidikan khas yang mempunyai 13 murid," katanya.

Selain itu dia mempersoalkan tindakan pihak PPD menyerahkan surat bertarikh 12 September pada 2 Oktober lalu yang mempunyai kepala surat Kementerian Pelajaran memberitahu tentang Pembatalan Menduduki Peperiksaan terhadap adiknya.

''Surat itu mengelirukan saya kerana tarikh diterima oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) adalah pada 15 September 2011, iaitu tarikh akhir peperiksaan diadakan, sedangkan sejak hari pertama lagi adik saya tidak dibenarkan mengambil UPSR," katanya.

Dia juga menafikan dakwaan pihak PPD, bapa atau ahli keluarganya pernah menandatangani surat pembatalan adiknya menduduki peperiksaan pada Mac lalu walaupun mengakui dikunjungi oleh salah seorang guru sekolah tersebut.

Apa yang lebih membingungkan Wan Rahimah, hari ini adiknya menerima sepucuk surat daripada pihak sekolah yang ditandatangani oleh Guru Besar memaklumkan adiknya itu diminta datang ke sekolah pada 9 Oktober hadapan untuk pendaftaran kemasukan kelas pendidikan khas integrasi 2012.

''Selepas adik saya mempunyai angka giliran UPSR 2011 tiba-tiba sahaja dia ditawarkan memasuki kelas pendidikan khas integrasi sedangkan sebelum ini dia dibenarkan mengambil peperiksaan," ujarnya.

Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Hussein Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu namun enggan mengulas lanjut.

''Siasatan terhadap apa yang didakwa oleh murid itu telah selesai dan diserahkan kepada pihak kementerian dan terserah kepada mereka untuk membuat keputusan," katanya.

utusan malaysia

125 Bebas Perintah Kediaman Terhad

Najib Tun Razak turun daripada Buggy sebelum beliau membentangkan usul pada sidang Dewan Rakyat di dewan sementara Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembebasan 125 individu yang ditahan di bawah Perintah Kediaman Terhad serta merta ekoran pemansuhan Akta Perintah Kediaman Terhad 1933 (Akta 377) yang kini dibentangkan di Dewan Rakyat.

Serentak dengan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan serta merta lebih 200 waran yang belum diserahkan kepada individu terlibat.

"Saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini bagi memulakan proses mengotakan janji kerajaan. Hakikatnya, amat jarang di dunia bagi sebuah kerajaan yang sedang berkuasa untuk secara sukarela memudarkan kuasa yang dimiliki.

"Kerajaan ini insaf bahawa amanah untuk mengurus tadbir negara tercinta perlu diasaskan kepada kerelaan serta kepercayaan rakyat terbanyak dan bukannya atas dasar kuasa yang mampu menggusarkan," kata Perdana Menteri ketika membentangkan akta itu di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua hari ini.

Hakikatnya, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mengimpi pada suatu kuasa yang mutlak atau sekalipun tampak mutlak kerana ia bertentangan dengan citra hidup demokratik

"Sesungguhnya kuasa, adalah satu amanah, bukannya satu keistimewaan," katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan memansuhkan akta itu adalah disebabkan ia sudah lapuk, ditelan zaman dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa berlandaskan kepada dua faktor utama.

Faktor pertama katanya, prinsip demokrasi dan keadilan iaitu Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi semenjak mencapai kemerdekaan dengan berasaskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"(Oleh itu) Sejajar dengan kemajuan dan pembangunan sosioekonomi yang telah berlaku hasil daripada perancangan rapi serta pelaksanaan berkesan kerajaan semenjak lebih lima dekad lalu maka sudah tiba masanya untuk kita akur dengan landskap sosiopolitik dan sosioekonomi yang telah berubah.

"Kontemporari menuntut kita untuk mengkaji semula undang-undang serta amalan yang tidak selaras dengan prinsip asas demokrasi dan keadilan," ujarnya.

Apa yang jelas beliau berkata, tindakan terhadap pelaku jenayah hendaklah diambil di bawah undang-undang sedia ada dengan mematuhi prinsip bahawa sebarang hukuman perlu berdasarkan sabitan oleh mahkamah selepas mengambil kira segala bukti, sesuai dengan prinsip universal.

"Di samping itu, ia juga seiring dengan semangat maqasid syariah dan prinsip usul fiqh "bahawa perkara yang yakin itu tidak akan diselindungi yang syak". Di sudut lain, maxim perundangan common law menyebut "It is better that ten guilty men go free than that one innocent men to be convicted."," ujarnya.

Najib berkata, faktor kedua yang diambil kira dalam pemansuhan akta tersebut ialah kemajuan teknologi dan maklumat.

"Sebagai contohnya, jika dahulu, individu menjalani perintah kediaman terhad diasingkan dan dipindahkan ke kawasan terpencil. Hari ini, dengan kemajuan prasarana fizikal, sistem pengangkutan dan proses urbanisasi, hampir dua pertiga Malaysia sudah menjadi kawasan bandar. Sebahagian besar ceruk dan pelosok negara sudah boleh dihubungi," ujarnya.

Perdana Menteri ketika membentangkan rang undang-undang tersebut turut menyelar pihak pembangkang apabila mereka mendakwa keputusan kerajaan itu adalah hasil daripada cadangan daripada mereka.

"Walhal, tiada siapa pun yang mempengaruhi kita, tiada siapa pun yang mendesak kita. Kerajaan membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikkan.

"Ujiannya, sama ada kita mengotakan janji atau tidak, pihak lain boleh saja tanpa segan silu atau semberono mengaku bahawa ini adalah idea atau pandangan mereka. Sedangkan mereka bukanlah kerajaan yang diberi mandat oleh majoriti rakyat untuk menunaikan apa yang dijanjikan," katanya.

UTUSAN MALAYSIA