Selasa, 23 Februari 2010

program Juara Rakyat Dun Kuala Perlis

Program Juara Rakyat Bahagian Kangar telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Dr Md Isa Bin Sabu merangkap Wakil Rakyat Kawasan Bintong. Program bermula pada pukul 09.00 pagi dan dihadiri oleh semua ADUN Bahagian Kangar termasuk Ketua Wanita Bahagian, Pemangku Ketua Pemuda, wakil MCA dan MIC serta sayap-sayap dalam Barisan Nasional. Perasmian dilakukan oleh YAB Menteri Besar sejam selepas itu dan peruntukan bantuan 20 penduduk miskin/ uzur bagi setiap kawasan yang dipilih telah diberikan kepada Wakil Rakyat setiap kawasan bagi tujuan program Juara Rakyat.
Bagi DUN Kuala Perlis perhimpunan bermula di Pusat Khidmat kawasan di mana penyertaan dari Pengerusi-pengerusi JKKK, MCA,Wanita, Pemuda dan Puteri. Satu mesyuarat ringkas diadakan bagi tujuan merancang bentuk, sususan perjalanan semasa aktiviti ziarah dan sumbangan bagi program Juara Rakyat dilakukan. Tepat jam 11.00 pagi aktiviti ziarah dan sumbangan dilakukan dengan disertai oleh seramai 30 orang sama-sama meronda masuk kampong/cawangan menyampaikan bantuan kepada rumah-rumah yang terpilih. Antara cawangan yang terlibat adalah RPA 2 Kuala Perlis, Kg Tanah Baru, Kg Nelayan, Kg Terus Teritip, Kg Pdg Besar (S), Kg Kurung Tengar, Kg Perak, dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang menerima bantuan adalah terdiri dari mereka yang uzur, kurung upaya, hidup sebatang kara, miskin tegar dan lain-lain kriteria.
Berikut adalah senarai nama penerima-penerima sumbangan bagi Program Juara Rakyat Tema Kebajikan:
1. Shafiee Bin Udin (Kg Pdg Besar (S))
2. Baharom Bin Ibrahim (Kg Kurung Tengar)
3. Che Par Bin Desa (Kg Terus Teritip)
4. Ibrahim Bin Abdullah (Kg Perak)
5. Rohana Bt Che Ya (Kg Blkg Kilang)
6. Yom Habsah Bt Yatim (Kg Nelayan)
7. Mansor Bin Hashim (RPA 2 Kuala Perlis)
8. Embun Bin Saad (Kg Tanah Baru)
9. Norma Bt Hussain (Kg Baru Seberang)
10. Bi Bt Man (Kg Tandiap)
11. Anson Bt Kasa (Kg Tengah)
12. Abdul Bin Senapi (Kg Seberang Jaya)
13. Rahman Bin Dollah (Kg Seberang Alor)
14. Midah Bt Jusoh (Kg Pulau Ketam)
15. Shamsudin Bin Ahmad (Kg Hujung Tanjung)
16. Suria Bt Hussin (Kg wai)
17. Lau Kean Hong (MCA Kuala Perlis)
18. Woi Yeok Chong (MCA Kuala Perlis)
19. Kam Bee Lee (MCA Kuala Perlis)
20. Yap Ah Fong (MCA Kuala Perlis)

Program Juara rakyat mendapat reaksi yang baik di kawasan Kuala Perlis di mana penduduk merasakan program ini amat membantu mereka. Semasa Yb kawasan masuk kampong dan cawangan mereka dapat bertemu wakil rakyat mereka selain mengadu tentang permasalahan yang dihadapi di cawangan. Program Juara Rakyat dilihat sebagai platform terbaik untuk wakil rakyat beramah mesra dengan rakyat selain mengetahui permasalahan di kawasan. Sokongan penduduk kawasan juga semasa program dijalankan amat baik dan Program Juara Rakyat bagi DUN Kuala Perlis selesai jam 2 petang dengan semua sumbangan Berjaya disampaikan.

Kesimpulannya Program Juara Rakyat dilihat berjaya membawa kesan positif melalui pendekatan dan perubahan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional yang mahu menawan hati rakyat meneruskan kesinambungan perjuangan terutama dalam berbakti kepada rakyat.
Lampiran gambar
Perasmian Program Juara Rakyat Bahagian Kangar



Juara Rakyat DUN Kuala Perlis
Mesyuarat Perlaksanaan Program Juara Rakyat Di Pusat Khidmat Kawasan
Taklimat Yb Kawasan

Penerima sumbangan (MCA Kuala Perlis) Hidup Sebatang Kara : Che Par Bin Desa


Sumbangan Kurang Upaya Cacat penglihatan & Kencing manis

Hidup Sebatang kara: Yom Habsah Bt Yatim

Lumpuh / strok (MCA) OKU (MCA)


Warga Uzur